Tuesday, November 9, 2010

KeK StRaWBeRRy CoKLaT


KeK CoKLaT HiRiSaN BuaH sTRaWBeRRy 

*Kek ini sesuai dijadikan sebagai hantaran perkahwinan kerana hiasannya amat menarik dan boleh membuatkan para tetamu terpaku melihat keunikan dan kecantikan hiasan kek ini.Ia juga tahan lama.

















KeK AiSinG BeRCoKLaT STRaWBeRRy

*Kek ini sesuai dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga.Hari-hari anda pasti lebih ceria apabila menikmati kek ini.Ianya bukan saja sedap tapi enak berkrim.



















KeK CoKLaT PuTiH DaN CoKLlaT PeKaT sTRaWBeRRy

*Kek ini amat sesuai dijadikan desert ketika mengadakan jamuan makan.Ianya lembut seperti span dan cair dimulut.Apabila kita menikmatinya kita akan terus makan dan terus makan tanpa henti.























KeK HiRiSaN CoKLaT BeRSaMa JeLi StRawBerrY

*Kek Happy Birthday ini amat sesuai untuk kanak-kanak yang menyambut ulang tahun kelahiran.Designnya membuatkan kanak-kanak berasa amat sayang untuk menjamunya kepada kawan-kawan.Rasanya amat lazat dan manis.






















KeK StRawBerRy CoKLat MeLimPaH

Cara Membuat(Kek Happy Birthday)
  •  Jenguk oven sekejap,pastikan oven dpanaskan terlebih dahulu dalam suhu 160'c selama kurang lebih 10 minit.
  • Ayakkan tepung bersama soda ke dalam 'mixing bowl'.
  • Masukkan bahan-bahan kering dimulakan dengan gula,garam dan serbuk koko.
  • Masukkan pula bahan-bahan basah dimulakan dengan susu cair ,mentega,telur dan esen vanilla.
  • Menggunakan "mixer",adun kesemua bahan pada kelajuan rendah selama 30 saat,supaya bahan-bahan tersebut digaul sebati.
  • Setelah itu,pada kelajuan tinggi adun bahan kek selama 3 minit(tuang ke dalam loyang tadi dan bakar selama 40-45 minit .
  • Serta merta keluarkan kek dari loyang untuk disejukkan.Setelah sejuk kita sediakan frosting dan hiasan strawberry.
  • Untuk Menyediakan frosting,gaulkan gula aising dan serbuk koko.Tuangkan air panas dan esen vanilla,kacau sebati.Kepekatan dan kemanisan frosting bergantung pada citarasa.
  • Sapu ratakan frosting tadi ke atas kek supaya kek tampak berkilat dan sungguh menyelerakan.Hiaskan strwawberry ikut citarasa.Sedia untuk dihidangkan.



















 KeK STraWBerrY CoKLat Pekat

*Kek ini untuk pasangan couple yang sedang hangat bercinta.Apabila mana-mana pasangan manikmatinya kehangatan percintaan akan dapat dirasai dengan begitu indah dan suasana akan menjadi lebih romantik.






















 KeK sTRawbeRRy CoKLaT MoiSt BerSaMa StRawbeRRy CeLuP

*Kek Perkahwinan Berbentuk Hati ini dikala hari bahagia ketika menjelangnya Hari Perkahwinan yang menyatukan pasangan dua hati yang sedang bercinta.Melihatnya saja membuatkan pasangan merasa kenikmatan alam perkahwinan.






















 KeK CoKLaT PuTiH BerTaTaHkaN StRawbeRRy

Cara Membuat(Kek Hadiah Perkahwinan)
  1. Masak air bersama gula hingga mendidih dan masukkan strawberry puri dan gelatin yang telah dicairkan.
  2. Pukul krim hingga kembang dan campurkan dengan bahan pertama yang telah sejuk tadi hingga sebati.
  3. Tuangkan ke dalam acuan dan dingin bekukan selama 2 hingga 3 jam.
  4. Setelah siap potong jejari span tadi dan lekatkan pada dinding kek.
  5. Tuangkan sedikit jeli strawberry ke atas kek dan hiaskan mengikut kesukaan.
Cara Membuat Jejari Span
  1. Putih telur dipukul bersama gula hingga kembang.Ketepikan.
  2. Telur kuning dipukul dengan gula hingga kembang dan campurkan dengan Bahan A.
  3. Setelah itu masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
  4. Buat bentuk jejari sepanjang 2.5 inci -3 inci dia atas dulang pembakar.
  5. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180'c selama 15 minit.

















 KeK sTRawbeRRy cHoCoLaTe RaNGuP

*Kek ini amat sesuai dimakan di rumah ketika bersantai dengan teman-teman.
kek ini amat gebu dan lembut.Kerapuhan coklatnya membuatkan kek ini lebih sedap.Kelembapan keknya jugak
amat terasa.Bak kata orang putih marvellous. 




















 KeK Coklat CaiR BersTraWbeRRy

Bahan-bahan(Kek Hari Lahir)
  • 1 2/3 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 2/3 cawan serbuk koko
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan mentega/125 gram
  • 1 1/2 sudu teh bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 biji telur
  • Loyang bulat atau empat segi ikut citarasa-yang telah digris sedikit mentega dan ditabut tepung
  • 2 cawan gula aising bertapis
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • 2 sudu besar air panas menggelegak
  • 1 sudu teh esen vanilla

1 comment:

  1. Slot Machines, Video Poker - JtmHub
    Slot Machines, Video Poker - Slot Machines, Video Poker - Slot Machines, Video 토토 사이트 코드 Poker - Slot Machines, Video Poker - 경상남도 출장안마 Slot Machines, Video Poker - Slot Machines, Video 군포 출장안마 Poker - 인천광역 출장안마 Slot Machines 김포 출장샵

    ReplyDelete