Ada Beberapa Langkah Mudah Tukar Bateri CMOS
*Kalau anda masih baru dalam ilmu ini,saya nasihatkan supaya suis off,tanggalkan kabel pada Power Supply dan biarkan dalam masa 5 minit .Tujuan sebenarnya bagi memastikan tiada aliran elektrik pada komputer.Keselamatan harus dijaga.
2.Ketahui Lokasi Kedudukan Bateri
*Sebelum post ini:Pentingnya Buku Manual,saya minta anda membaca Buku Manual MotherBoard anda.Didalam buku manual anda terdapat gambarajah MotherBoard,cari lokasi kedudukan bateri pada MotherBoard anda.Anda boleh terus cari atas MotherBoard anda tapi dengan adanya manual ia memudahkan lagi anda mencari.Sekiranya anda kurang pasti atau tidak menjumpai kedudukan bateri,anda boleh terus menelefon syarikat pengeluar MotherBoard anda. 3.Catatkan Maklumat Bateri
*Setelah anda mengetahui lokasi bateri,tanggalkan bateri tersebut dari lokasinya.Kemudian catatkan maklumat mengenai bateri anda seperti(Pengeluar Voltan).Maklumat bateri selalunya terletak pada kepala bateri.Cara tanggalkan bateri seperti di bawah :
4.Tukarkan Dengan Yang Baru
*Anda boleh dapatkan bateri,di kedai jam berdekatan rumah anda.Harganya sekitar RM6-RM12.Untuk langkah ini pastikan anda masukkan bateri dengan betul mengikut positif dan negatif bateri(ingat kedudukan masa anda keluarkan bateri).Ini penting,kerana kalau anda tersalah letak,boleh berkemungkinan litar pintas pada MotherBoard.Rujuk gambar di bawah : 5.Pasang Balik Plug
*Siap semuanya langkah di atas,anda boleh pasang balik kabel-kabel,kemudian suis on kembali komputer anda.Masuk CMOS,setting semula CMOS anda seperti jam,masa dan tarikh.
NOTA:TIDAK SEMUA BATERI ANDA BOLEH DITANGGALKAN,LANGKAH INI UNTUK BATERI YANG BERBENTUK SYILING 10 SEN.KEBANYAKKAN KOMPUTER SEKARANG MENGGUNAKAN BATERI JENIS INI.IA MUDAH DAN MENJIMATKAN.
tq...... bleh sy gune kan note ni untk report l.i sy... hehehe
ReplyDeleteCmos bateri kena tukar mengikut jenis komputer @ voltage
ReplyDeletehai... sya dah tukar bateri cmos, tp jam masih perludibetulkan setiap kali on laptop.. ada perlu setting di mana2 ke selepas tukar bateri?
ReplyDeletekalau jenis bateri yg ditukar adalah sama, sempatutnya dah tak menjadi masalah lagi, cuba masuk dekat bios dan betul kan jam dekat situ kemudian exit & save setting. Harap dapat membantu.
DeleteKalau tak off pc boleh tak?
ReplyDelete